Jumaat, 4 Oktober 2013

PANTUN KUATNYA IMAN


Anak penjala menikam pari
Pari ditikam tambak senangin
Ilmu pengetahuan perlu dicari
Membuat makruf hati teringin

Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi sepanjang pantai
Kerja dakwah perlu diurus
Zionis Yahudi tetap mengintai

Bintang barat terbit petang
Bintang timur terbit pagi
Aktiviti maksiat tetap ditentang
Nescaya di akhirat tidak rugi

Buah langsat di tepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Otak sekular selalu kusut
Dosa banyak dibawa mati

Buah pauh dari permatang
Dibawa dengan putik kelubi
Ulama Sunni nampak matang
Setiap perkara mencontohi Nabi

Buah tembikai kulitnya hijau
Masak sebiji isinya merah
Menaiki kuda kesukaan Bajau
Kepada Allah diri diserah

Bunga tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Ikhwan Muslimin memperjuangkan Islam
Jadikan iman penyelamat diri

Burung merpati terbang rendah
Hinggap seekor di tengah laman
Menyokong Ikhwan Muslimin berfaedah
Ini tanda kuatnya iman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Okt2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan