Khamis, 17 Oktober 2013

PANTUN PEMERINTAH YANG BAIK


Keris sebilah dari Bentan
Sayang sejengkal kedua jari
Musuh manusia ialah syaitan
Dengan ilmu selamatlah diri

Lalu lalu ke bandar Daik
Tabur bijiran tengah halaman
Harga barangan terus naik
Akibat pimpinan tak beriman

Masuk hutan mencari rotan
Rotan terikat di pohon gelam
Mudah menggagalkan rancangan syaitan
Dengan mematuhi ajaran Islam

Hutan rata dimakan api
Pohon di halaman cabangnya mati
Masuk ke syurga hanya mimpi
Bila hidup tidak berkualiti

Kambing hitam mudah disembelih
Buat gulai masak kurma
Bila pimpinan beramal soleh
Berkat didikan cara agama

Burung Undan terbang ke bukit
Hinggap sebentar di pohon tinggi
Bersabar bila ditimpa sakit
Beramal soleh bekalan mati

Habis pukat dilanggar ikan
Ikan bernama jarang gigi
Jadikan ulama sebagai rakan
Baru di akhirat tidak rugi

Asam gelugur masak lemak
Makan tengah hari bersama keluarga
Menabur jasa para ulamak
Memudahkan umat masuk syurga

Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji dalam peti
Hutang rakyat kena bayar
Dengan pemerintahan yang berkualiti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Okt2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan