Isnin, 13 Jun 2011

PANTUN TENGGELAM YANG DICINTAI



Lembu baru kereta pun baru
Baru sekali masuk Melaka
Politik lucah jangan ditiru
Membawa penyokong masuk neraka

Malam ini merendang jagung
Malam esok merendang serai
Dosa penzalim tidak tertanggung
Menyesal bila roh bercerai

Mangkuk jarang pinggan jarang
Si jorong berisi buah jati
Laporan media banyak temberang
Bawa dosa sampai ke mati

Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Berbagai kaum boleh bersatu
Dengan menolak politik lama

Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Ekonomi kroni berteraskan riba
Dijadikan rakyat semacam budak

Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Pakatan Rakyat ingin berbudi
Boleh lakukan bila di Putrajaya

Pergi ke pasar tawar menawar
Beli seekor ikan pelaga
Kerajaan pening kerana Anwar
Dibelakangnya ada Buku Jingga

Permata jatuh ke dalam rumput
Jatuh ke rumput dibilang-bilang
Parti perkauman sudah reput
Dikalangan remaja pengaruhnya hilang

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pakatan Rakyat boleh menang
Bila keadilan diambil kira

Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok serang penyengat
Dengan ilmu amalan disuluh
Sesama rakyat ingat mengingat

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Parti perkauman dah nazak
Disebabkan dasar tinggalan zaman

Ada padi ada beras
Bertanak nasi berperiuk tembaga
Gelombang reformasi begitu deras
Tenggelam kroni dan keluarga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan