Isnin, 20 Jun 2011

BILAKU FIKIRKAN



I

Bilaku tiba di Masjid Ibnu Waqas
Bersama rombongan Kuliah Dhuha Ipoh
Dalam hatiku berkata-kata
Begitu jauh menaiki unta
Saad Ibnu Waqas tiba di China
Tujuannya
Satu saja
Mengembangkan agama
Sesama manusia
Tanpa ketuanan bangsa
Saad Ibnu Waqas
Menemui manusia berlainan bahasa
Ingat Allah Maha Esa

II

Aku hairan
Saad Ibnu Waqas tanpa kenderaan bermotor
Tanpa pesawat jet
Boleh tiba di China
Bilaku fikir panjang-panjang
Baruku tahu
Ini kehendak Allah
Ini kuasa Allah
Dengan cara ini juga
Penguasa zalim boleh kalah
Dengan mencontohi Saad Ibnu Waqas
Jadikan diri kita ikhlas
Bacalah surah Al-Ikhlas
Amalkan kehendak surah Al-Ikhlas
Nescaya gerombolan
United Malays National Organization tumpas
Di Kelantan dah terlepas
Di Kedah dah terlepas
Di Pulau Pinang dah terlepas
Di Selangor dah terlepas

III

Setelah berdoa di maqam Saad Ibnu Waqas
Aku sudah tak hairan lagi
Perjuangan Ketuanan Bangsa
Pasti rugi
Banyak pemimpin mereka dah mati
Tiada siapa ziarahi
Berbeza dengan Ibnu Waqas
Pelawat-pelawat datang dari seluruh dunia
Umat Islam  rasa bangga
Ibnu Waqas di syurga
Dengan Rasulullah
Mereka cukup setia
Disuruh buat apa saja
Bertebaranlah kamu
Berdakwahlah kamu
Berjihadlah kamu
Ini Ibnu Waqas tahu
Melayu perlu diberitahu
Hidup tanpa wahyu
Baik lagi ikan puyu

IV

Pergi ke hutan mencari kayu,
   Dapat seekor kijang betina,
Tanpa Islam hinalah Melayu,
   Di akhirat KLCC tak berguna.


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Bilik 313 Jiamei Hotel Guangzhou, China
Rejab1432/Jun2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan