Guangzho, China |
Rombongan Kuliah Dhuha Ipoh yang diketuai oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi berserta 17 muslimin dan muslimat berada di Jiamei Hotel, Guangzhou selama 3 malam mulai daripada 7 hingga 10 Jun 2011.
Tempat penginapan kami berdekatan dengan Masjid Muhammadan, Guangzhou. Restoran Halal juga berdekatan dengan hotel kami. Disamping membeli belah, kami juga pergi menziarahi Maqam Saad Ibnu Waqas (sahabat Nabi s.a.w) yang telah mengembangkan Islam ke negeri China pada kurun 7 Masehi. Kami berkesempatan juga solat Zohor dan Asar jamak takdim di Masjid Ibn Waqas. Terdetik di hati kecil saya bagaimana Saad Ibnu Waqas boleh sampai ke negeri China yang begitu jauh dari Madinah. Tentu ada pertolongan ghaib daripada Allah s.w.t. Oleh itu setiap pejuang Islam mesti menguatkan hubungan dengan Allah s.w.t melalui ibadat wajib dan ibadat sunat seperti solat dan puasa yang akan menguatkan jiwa setiap kita.
Di kota Guangzhou, ibu kota wilayah Guangdong berdiri masjid tertua di China, iaitu Masjid Abi Waqqas. |
Perlu diingat rombongan kami terdiri daripada sebelas orang muslimat, ini bermakna membeli belah menjadi agenda utama bagi mereka. Cuaca di bulan Jun di China adalah panas. Waktu tempatan sama dengan waktu di negara kita, hanya waktu Subuh bermula jam 5 pagi dan berakhir jam 5.40 pagi. Sekitar jam 6 pagi suasana di luar bilik hotel sudah cerah seperti siang hari. Pertukaran matawang Yuan dan Ringgit Malaysia menguntungkan kita. Bagi sesiapa yang ingin melancong ke Guanzhou, perlulah kuatkan iman disebabkan wanita China jelita dipandang mata.
Klik di sini untuk Foto seterusnya.
Rombongan Kuliah Dhuha, Ipoh |
Klik di sini untuk Foto seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan