Khamis, 2 Jun 2011

PANTUN RAKYAT DAPAT MANFAAT



Air mengalir nampak tenang
Membawa lumpur mengikut arus
Harap-harap Pakatan Rakyat menang
Dengan amanah negara diurus

Membawa lumpur mengikut arus
Dari hulu menuju laut
Dengan amanah negara diurus
Rakyat prihatin sedia ikut

Dari hulu menuju laut
Air tawar menjadi masin
Rakyat prihatin sedia ikut
Terjaga masih golongan marhaen

Air tawar menjadi masin
Hidup ikan berbagai jenis
Terjaga nasib golongan marhaen
Senyuman pemimpin sentiasa manis

Hidup ikan berbagai jenis
Gelama,kembong dan pari
Senyuman pemimpin sentiasa manis
Mahu rakyat hidup berdikari

Gelama,kembong dan pari
Mudah membiak dalam laut
Mahu rakyat hidup berdikari
Dengan keadilan hati terpaut

Mudah membiak dalam laut
Dipukat nelayan tak habis-habis
Dengan keadilan hati terpaut
Terancat segala rancangan iblis

Dipukat nelayan tak habis-habis
Dari dulu hingga sekarang
Terancat segala rangcangan iblis
Bila umat kuat sembahyang

Dari dulu hingga sekarang
Budaya munafik terus berkembang
Bila umat kuat sembahyang
Pemerintah zalim mudah tumbang

Budaya munafik terus berkembang
Beri projek kepada kroni-kroni
Pemerintah zalim mudah tumbang
Baru wujud masyarakat madani

Beri projek kepada kroni-kroni
Tarik subsidi daripada rakyat
Baru wujud masyarakat madani
Bila menguasai Kerajaan Pusat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'akhir1432/Jun2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan