Isnin, 27 Jun 2011

PANTUN GUANGZHOU

Muslimat Kuliah Dhuha, Ipoh



Solat lima waktu di surau
   Dilakukan orang yang taat
Banyak tarikan bandar Guangzhou
   Dengan berniaga untung pun dapat

Cantik nampak batu karang
   Boleh dijadikan sebagai perhiasan
Di Gunagzhou mudah beli barang
   Kaum Hawa mendapat kepuasan

Pisang abu pisang berangan
   Mudah dibeli di pasar tani
Bandar Guangzhou bandar perniagaan
   Melabur wang mesti berani

Nasi putih nasi buhara
   Dijual kepada pelancong Islam
Ibn Waqas sanggup mengembara
   Di Guangzhou makamnya tersergam

Ikan pelata ikan bawal
   Dua jenis ikan laut
Di Guangzhou banyak barang dijual
   Keuntungannya orang berniaga kaut

Pergi kebun cari rambutan
   Dapat pula daun pegaga
Fahaman perkauman direstui syaitan
   Mahu manusia terlepas syurga

Ikan puyu ikan keli
   Dua jenis ikan darat
Ada duit barang dibeli
  Bila balik beg pun berat

Ikan kembung ikan pari
   Mudah dipukat di laut dalam
Muka muslimat nampak berseri
   Dapat membeli apa yang diidam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Guangzhou, China

Tiada ulasan:

Catat Ulasan