Ahad, 12 Jun 2011
PANTUN NEGARA MAJUJAYA
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Mari sokong perhimpunan Bersih
Mahu pilihanraya yang aman
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat dan berlari
Datang ke Bersih niat bersantai
Musuh pula tidak dicari
Anak negeri mencari tuba
tuba dicari di Tanjung Jati
Dakwat Hitam elok dicuba
Baru puas hati para pemerhati
Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sujinya
Elak menipu bila berpolitik
Baru bermakna pegang Putrajaya
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Pencinta bahasa hati terguris
Melihat DBP longlai nampaknya
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Rakyat nampak kebolehan Pakatan
Berjaya memerintah empat negeri
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Bila rakyat yakinkan Pakatan
Nasib rakyat tetap di jaga
Baik bergalas baik tidak
Buli-buli bertali benang
Pemerintah zalim rakyat tak hendak
Guna tipudaya untuk menang
Baik-baik bertanam ubi
Biar rapat jangan jarang
Bila berpolitik ikut Nabi
Tidak ada tindakan curang
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Usah harapkan Pakatan bercerai
Bila kebajikan rakyat dijaga
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Dengan takbir sahut menyahut
Membuat maksiat tentu malu
Buah rambai dalam peti
Lazat cita pula rasanya
Biarlah Pakatan Rakyat mengganti
Membawa negara kita majujaya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011
Labels:
PANTUN NEGARA MAJUJAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan