Ahad, 19 Jun 2011
PANTUN INGIN BERJAYA
Kalau berladang menanam keladi
Keladi dibawa ke tanah seberang
Ulama akhirat banyak berbudi
Ribuan kitab agama dikarang
Kalaulah tidak selendang Bali
Serindit makan si lada muda
Buku agama elok dibeli
Bila dibaca mencerahkan minda
Kapal nelayan berlayar ke seberang
Sampan kolek mudik ke hulu
Jika mahu kubur terang benderang
Membuat maksiat hendaklah malu
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Bila berakhlak mulia muda mudi
Mudah tinggalkan semua larangan
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Bila perintah Allah berani langgar
Kehidupan akhirat dalam bahaya
Makan sirih berpinang tidak
Pinang ada dibawah tangga
Apa tanda perangai budak-budak
Tidak menjaga maruah keluarga
Pisang emas bawa ke Bentan
Masak sebiji di atas panggung
Musuh kita ialah syaitan
Mahu manusia dosa menggunung
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Sekarang dacing dulu kapal layar
Perjuangan mereka separuh mati
Pisang nangka dimasak pengat
Kait-kait banyak durinya
Banyak sultan sudah mangkat
Muhammad Al-Fateh saja berjaya
Puas saya bertanam ubi
Nenas juga dipandang orang
Untung yang ikut Nabi
Dalam kubur terang benderang
Pulau Pandan jauh ke tengah
Di balik Pulau Angsa Dua
Ceramah Anwar mengapa ditegah
Isi ucapannya orang percaya
Puyu-puyu konon namanya
Didalam kolam konon tempatnya
Jika di akhirat ingin berjaya
Beramal ibadatlah sepenuhnya
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011
Labels:
PANTUN INGIN BERJAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan