Jumaat, 17 Jun 2011

PANTUN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

bermuka-muka



Hari-hari pergi ke kebun
Di dalam kebun membuat perlak
Apa guna harta bertimbun-timbun
Jika hukum Allah dielak

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Pergerakan Islam jangan dihalang
Dalam kubur terima padah

Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada berpahar tidak
Sebutlah nama Allah berulang-ulang
Dengan kebenaran mudah berpihak

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Berucap Abdullah Ubai cukup petah
Azab neraka sedia menanti

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita bersama mandi
Melihat penzalim rakyat meradang
Tolak mereka dengan undi

Kalau tuan pergi ke bendang
Jangan dipetik buah rumia
Bila hati rakyat meradang
Menumbangkan perasuah tugas utama

Kembang cendawan di tengah padang
Tempat Cik Siti memacu kuda
Kekayaan perasuah rakyat tak pandang
Dianggap hebat melalui propaganda

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Hina hidup golongan bermuka-muka
Lain buat daripada yang diucapkan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1432/Jun2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan