Jumaat, 24 Mei 2013

PERLUKAN




Melayu perlukan Cina, India, Iban dan Kadazan
Semuanya makhluk Tuhan
Disuruh berkenal-kenalan
Ada ujian sepanjang jalan
Atau ranjau sepanjang jalan
Memahaminya
Perlu ilmu pengenalan
Perlu ilmu pengetahuan
Terlebih dahulu; tolak politik perkauman
Fahaman asobiyah adalah kuman
Menyampaikan kebencian
Disuruh benci membenci sesama insan
Menyalahi kehendak Tuhan
Disebabkan kejahilan
Disebabkan parti kebangsaan
Meminati kemajuan kebendaan
Tanpa iman membawa kebinasaan
Diperbanyakkan hiburan berlebihan
Di komesialkan sukan
Melalui iklan
Dalam media elektronik; dalam media cetak
Wujud kelab-kelab sukan
Disokong oleh pengikut-pengikut berbagai keturunan
Taksub yang berlebihan
Timbul pergeseran
Di setiap kali pertandingan
Ada pertembungan
Pengikut-pengikut yang fanatik
Diantara parti-parti politik
Terutama yang pegang kuasa
Tanpa iman mudah salahguna kuasa
Tipu undi mahu kekal berkuasa
Lahir Black 505
Menentang penipuan terus bekerjasama
Melayu, India dan Cina
Ini tugas mulia menyelamatkan negara
Dari angkara manusia berakal kera
Darwin kata begitu
Yang kuat itu berkuasa
Yang kuat boleh buat apa saja
Kita tetap teruskan kerja
Kita perlukan kerjasama
Semoga bertukar kuasa di Putarajaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan