Khamis, 2 Mei 2013

KASIHAN YANG MASIH PERCAYA

kasihan yang masih percaya



Ambillah peluang yang ada
Pilih di antara yang dua
Silap pilih di akhirat kecewa
Mati boleh datang bila-bila masa
Rugi yang menyokong yang menyalahguna kuasa
Rugi yang memuji penyalahguna kuasa
Rugi yang membiarkan pengkhianat agama
Kekal berkuasa
Rugi yang mengkhianati bangsa kekal berkuasa
Di PRU-13 ini peluang terbuka
Pilih yang lebih berwibawa
Empat Negeri di depan mata kita
Dipuji oleh Ketua Audit Negara
Pengurusan kewangannya berhemah
Bebas dari rasuah
Bebas dari pecah amanah
Ingat ramai dah masuk tanah
Ramai yang bermasalah
Kali ini biarlah
Gerombolan perkauman sempit kalah
Berdoalah kita kepada Allah
Kanak-kanak pergi ke sekolah
Bercuti di setiap hujung minggu
Bertukar kerajaan tiada masalah
Hanya penjenayah saja ragu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan