Sabtu, 25 Mei 2013

PENGHARGAAN UNTUK IBU REFORMASI PEJUANG DEMOKRASI




Masa beredar begitu laju
Sedar-sedar dah berlalu
Hampir-hampir lima belas tahun
Kesan pejuang-pejuang reformasi
Bermula September 1998
Rupa-rupanya membawa harapan
Dijiwai seorang perempuan
Di malam hari suami tercinta ditahan
Sepasukan kakitangan keselamatan
Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan
Diheret dari rumah
Selepas solat isyak berjemaah
Sedang bertahlil
Berlaku benda yang mustahil
Diletakkan dalam lokap kecil
Di Bukit Aman
Dipukul sampai pengsan
Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih bertahan
Cekal dalam penderitaan
Kebajikan suami saja difikirkan
Keselamatan keluarga juga difikirkan
Inilah contoh kecekalan jiwa wanita reformasi
Dipilih jadi Presiden Parti Keadilan
Lemah lembut dalam perwatakan
Tetap istiqamah dalam tindakan
15 tahun masih bertahan
Tetap bergantung dengan Tuhan
Dari 20 September 1998 Wan Azizah
Mengetuai keluarga dan mengetuai parti
Pimpinan yang berkualiti; Cekal hati
Setiap peristiwa diteliti
Mahu Anwar dipelihara Allah; Tuhan semesta alam
Setiap malam Jumaat
Di rumah di Bukit Damansara
Diadakan solat maghrib berjemaah
Diadakan bacaan Surah Yaasin
Dr. Wan Azizah tetap yakin
Semangat reformasi jadi pemangkin
Anak-anak yang kecil
Sekarang dah besar dan berkahwin
Nurul Izzah jadi Ali Parlimen
Dah dua penggal
Dr. Wan Azizah kuat bertawakkal
Istiqamah menentang manusia-manusia nakal
Menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh
Semasa suami di dalam penjara di Sungai Buloh
Wan Azizah tidak pernah mengeluh
Dengan ilmu setiap tindakan disuluh
Sekarang UMNO hampir lusuh
Semangat reformasi yang merubah
Senario politik Malaysia
Sejak tahun 1990 PAS memerintah Kelantan
Tahun 1999 PAS memerintah Terengganu
Semua ini ada kaitan dengan reformasi
Ada peranan Datin Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Benarlah ibu reformasi ialah Kak Wan
Hati-hati keras dapat ditawan
Tahniah Presiden P.K.R
Nampak lembut tapi berjiwa besi
Kesan kebangkitan reformasi
Banyak manusia dapat manfaat
Ada jadi Y.B
Ada jadi Senator
Ada jadi Menteri Besar
Oleh itu jangan cakap besar
Semua ini kerana pengorbanan Anwar
Semua ini kerana usaha ikhtiar Wan Azizah
”Cantik rupamu dipandang mata
Bagai biduan dari syurga
Wan Azizah bukan gila harta
Mahu bahagia ramai keluarga”
Oleh itu
Marilah kita pejuang-pejuang reformasi
Bekerja dengan penuh dedikasi
Berusahalah menambah ilmu pengetahuan
Dengannya kenallah kuasa Tuhan
Buatlah yang disuruh tinggal semua larangan
Bergiatlah dalam parti
Contohilah Dr. Wan Azizah
Dalam perjuangan menegakkan kebenaran
Dan menentang kezaliman dan kepura-puraan
Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Cita-cita reformasi dah dapat
Mentapkan parti demi masa depan
Hidup Kak Wan
Semoga Putrajaya kita tawan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan