Sabtu, 18 Mei 2013

BILA JIWA KOSONG IMAN


Manusia
Memiliki kuasa untuk berubah
Mesti ada ilmu pengetahuan
Dengan kumpulan baik berkawan
Menanti saja syaitan
Menghasut manusia di sepanjang jalan
Ditawarnya harta
Terbeliak biji mata
Dengar ceramah menaiki kereta
Dalam kereta tetap berzikir
Bila penzalim tetap ditakhta
Nasib kroni saja difikir
Terbiar nasib miskin dan fakir
Terima saja sogokkan wang
Dengan ucapan
Jangan Lupa Barang Naik”
Jangan lupa yang lama”
Diterima saja yang berjiwa lembu
Diterima yang kurang maklumat
Hidup mereka hanya sekadar untuk hari ini
Membuat perubahan tak berani
Dengar saja cakap Sang Penguasa
Lupa tentang masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian”
Yang kurang ilmu pengetahuan
Yang kurang amal soleh
Yang kurang iman
Nasib manusia di sepanjang zaman
Ditipu manusia berjiwa syaitan
Manis rasa buah rambutan
Manis juga buah pulasan
Penipuan undi jelas kelihatan
Bila mati menerima balasan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan