Khamis, 9 Mei 2013

LIMA TAHUN BUKANNYA LAMA




Bila keputusan penuh
Diketahui
Harapan pun berkecai
Cita-cita tak sampai
Selepas sarapan makan tapai
Tapai pulut tapai ubi
Bila harapan tak sampai
Banyakkan sabar ikutlah Nabi
Tugas Nabi s.a.w cukup berat
Berhadapan suku-suku Arab jahiliah
Mula-mula nampaknya payah
Yakin betul Rasulullah
Datang wahyu dari Allah
Pengikut pertama Siti Khatijah
Berkorban Khatijah untuk dakwah
Infakkan duit ke jalan Allah
Abu Jahal cukup marah
Abu Lahab pun marah
Dihina Nabi anak saudaranya
Nabi s.a.w tetap sabar
Dakwahnya terus tersebar
Semangat Ali Abi Talib berkobar-kobar
Zaid Harithsah beriman juga
Keselamatan Nabi dijaga
Zaid anak angkat yang setia
Ikut serta juga Abu Bakar
Serta sahabat-sahabat di Kota Mekah
Berkembanglah Islam ke Madinah
Terbentuknya negara Islam pertama di alam maya
Bila ditawan Mekah ramai Quraish yang percaya
Abu Suffian dan Hendun isterinya
Berkembanglah Islam ke seluruh dunia
Kehebatan Islam kena ambil kira
Undi pos penyelamat penguasa
Undi penerima Mykad baru
Menguntungkan penguasa
Nampak mereka gembira
Tsunami belum merebak seluas-luasnya
Dakwah perlu dipergiatkan
Majlis ilmu perlu diperbanyakkan
Ada harapan di masa depan
Lima tahun bukannya lama
Berjuanglah kita bersama
Mengembangkan agama
Berbaik-baik sesama manusia
Tanpa mengira bangsa dan agama
Eratkan kerjasama
Dalam kerja menyelamatkan negara dari angkara
Dari tipu daya manusia
Bertuhankan nafsu
Semangat kita jangan lesu
Bacalah Al-Quran selalu
Berselawatlah ke atas Nabi s.a.w selalu
Solat berjemaahlah selalu
Berjihadlah selalu
Jauhi manusia-manusia muka tak malu
Berkata diri Islam
Tapi tolak hukum Tuhan
Ubahlah
Jadilah orang yang berani
Berani berkata benar
Berani menolak penipuan terancang
Daripada manusia yang curang
Dengan doa dan sembahyang
Demi menyelamatkan negara tersayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Mei2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan