Khamis, 16 Mei 2013

MINTALAH


Setiap kita ada kelemahan
Perlu di atasi dengan ilmu
Setiap kita ada keinginan
Bertindak ikut ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Wanita muda makan jamu
Makan pula di waktu pagi
Hak dan batil sentiasa bertemu
Penyokong batil tetaplah rugi
Bila ini disedari
Perbaikilah diri sendiri
Mintalah setiap hari
Daripada Allah Yang Maha Kuasa
Pertama mintalah petunjuk
Kedua mintalah hidayah
Selepas solat berjemaah
Dipimpin iman yang beramanah
Diikuti makmum yang bermaruah
Mudah penzalim kalah
Mudah penipu kalah
Mudah pengkhianat kalah
Ambil wudhuk dari kolah
Dalam kolah ada ikan
Apa-apa hajat mintalah
Nescaya Allah akan kabulkan
Disetiap kali pemilihan
Nampaknya ada penipuan
Bersekongkol pegawai-pegawai kerajaan
Ikan puyu ikan haruan
Mudah membiak dalam sawah
Mintalah selalu kepada Tuhan
Semoga rakyat hidup mewah
Kurniaan dari Allah
Baru selesai banyak masalah
Masalah pecah amanah
Masalah merebaknya rasuah
Belum lagi dapat berubah
Belum lagi berjaya hasrat Inikalilah
Mintalah
Berterusan kepada Allah
Minta petunjuk dan hidayah
Minta kesihatan badan
Minta ditambahkan ilmu
Memberi salam bila bertemu
Muka senyum selalu
Air mengalir dari hulu
Arus menghilir menuju laut
Tolak pimpinan muka tak malu
Dengan reformasi hati terpaut
Bersedia menanti kedatangan Malaikatmaut
Baru penzalim terkejut
Mahu nyawa terus lanjut
Baru syariat nak ikut
Jejak Firaun cuba diikut
Dalam air laut
Di laut merah baru ingin bertaubat
Semua terlambat
Ikan keli ikan limbat
Dua jenis ikan darat
Mintalah bukan usaha terlambat
Berdoalah saja hingga akhirat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Mei2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan