Khamis, 27 Oktober 2011

TANDA TAK BERIMAN



Ada orang mengaku diri Muslim
Isteri tak suruh bertudung
Enggan laksanakan Hukum Hudud
Di negara di bawah tadbirnya
Tanda tidak percaya
Tanda tidak beriman
Tanda lupa Hari Kemudian
Menanti hari kerugian
Hari yang berpanjangan
Hari penyesalan yang berpanjangan
Diberitahu dalam Al-Quran
Firaun dilemaskan
Dalam Laut Merah
Baru Allah nak disembah
Baru yakin dengan Tuhan Nabi Musa
Baru nak jadi pengikut Nabi Musa
Baru sedar pentingnya masa
Baru sedar Allah Maha Berkuasa
Baru ingin berjasa
Kepada sekelian manusia
Ini kerja sia-sia
Ini budaya orang bodoh
Bila sihat lupakan Tuhan
Bila berkuasa
Salahguna kuasa
Bila tersepit guna ISA
Bila mati mahu ke syurga
Ini budaya
Orang bodoh namanya
Ada sepanjang masa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan