Sabtu, 22 Oktober 2011

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT

Berhimpun itu baik
Bila niatnya baik
Bila barisan pimpinannya baik
Bila tujuannya
Mencari pahala
Bukan ada ketuanan bangsa dalam kepala
Bayar syarikat Yahudi sebagai penasihat itu bala
Jadikan penzalim sebagai rakan seperjuangan itu bala
Ambil perasuah sebagai penasihat perjuangan juga bala
54 tahun besar kepala
Perasaan perkauman yang kuat juga bala
Bila ajak sejuta umat berhimpun tanpa bermotifkan pahala
Itulah bala
Rakyat pasti pening kepala
Bila kos kehidupan melambung tinggi
Bila harga barang terus naik juga bala
Bilakah rakyat nak dibela?
Bila tiba pilihanraya
Beri gula-gula
Beri beras sekampit
Beri kain pelikat
Beri kain batik
Beri RM 50
Biar rakyat terus tersepit
Dalam kubur yang sempit
Ini perhimpunan nenek kebayan namanya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan