Rabu, 12 Oktober 2011

BAJET 2012



I

Bajet
Diceduk daripada Bahasa Inggeris
Dalam Bahasa Melayu
Dinamakan Belanjawan
Bertujuan
Membangun ekonomi negara
Mengambil kira pendapatan
Dikira juga perbelanjaan bagi tahun hadapan

II
Ucapan Belanjawan
Dilakukan oleh Menteri Kewangan
Di hari Jumaat
Di dalam Dewan Rakyat
Dimulai jam 4 petang
Ramai ahli-ahli perniagaan memberi tumpuan
Mahu ambil keuntungan
Daripada peluang-peluang yang disediakan
Oleh pakar-pakar ekonomi
Daripada pelbagai kementerian
Diambil peluang juga oleh
Ahli-ahli politik keduniaan
Kebanyakkan ada penyakit Al-Wahnn
Cinta dunia
Takut mati

III

Daripada bajet 2012
Berbagai golongan gembira
Dapat bonus
Dapat berbagai kemudahan
Lupa harga barang-barang terus melambung
Lupa nilai RM menurun
Lupa kesan inflasi yang menyusahkan rakyat
Lupa masalah-masalah di akhirat
PPSMI belum selesai lagi
Biar anak-anak Melayu rugi
Asal untung kroni-kroni
Asal senyum isteri
Cincin baru boleh cari
Daripada pasaraya luar negeri
Pilihanraya telus rakyat nanti
Mudah Kerajaan Pusat diganti
Dengan pimpinan berkualiti
Dengan pimpinan bebas rasuah
Dengan pimpinan beramanah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan