Isnin, 10 Oktober 2011

HARAPAN DI HARI KANAK-KANAK SEDUNIA



Hari kanak-kanak sedunia pada
Setiap Isnin pertama bulan Oktober
Jatuhnya
Pada 3 Oktober 2011
Bagi yang prihatin di atas sambutan Hari kanak-kanak Sedunia
Menandakan jiwa anda mulia
Anda patut bersyukur kepadaNya
Daripada amalan membaca minda kita bercahaya
Berusahalah sedaya upaya
Menyelamatkan generasi kita
Menyelamatkan negara kita
Daripada penjajahan bentuk baru
Kebudayaan Barat suruh tiru
Akhirnya
Berlaku
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Fikirlah tuan puan
Tambahlah ilmu pengetahuan
Banyakkanlah amalan
Dengan mewujudkan perasaan kemanusiaan
Bebaskanlah daripada perasaan perkauman
Inilah jenis modal insan
Yang patut memimpin Kerajaan Persekutuan
Inilah harapan
Daripada anak-anak sekelian
Daripada berbagai keturunan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan