Ahad, 30 Oktober 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN 60 TAHUN PAS






Bila mengenang masa yang lalu
Teringat jasa pejuang-pejuang tanah air tercinta
Mereka berjihad bukan untuk tiga  { ت }
Bukan kerana wanita
Bukan kerana harta
Bukan kerana takhta
Tapi untuk agama tercinta
Agama yang diredhai Allah
Bermula pada tahun 1951
Tertubuhlah Parti Islam SeMalaya
Hasil usaha dan kegigihan ulama kita
Bertaraf Pak Lebai
Bertaraf Ustaz Kampung
Ada sekarang ini berjawatan
Menteri Besar
Ada yang jadi Exco
Ada yang jadi Y.B
Bahkan di setengah tempat ada yang bercita-cita
Nak jadi M.B
Ada yang nak jadi Setiausaha Politik
Ada yang nak jadi Setiausaha Sulit kepada M.B
Ada yang bercita-cita nak dapat balak
Ada yang melihat ghanimah
Ada yang nak membesarkan rumah
Ada yang ingin hidup mewah
Ada yang ingin jadi calon
Ada yang sanggup memfitnah
Berbeza dengan pengasas PAS yang awal-awal dulu
Di Negeri Perak terserlah kepimpinan Ustaz Baharuddin Latiff,
Penuh dedikasi
Berjuang untuk agama Allah
Biarpun susah dan payah
Tetap istiqamah
Ikut Quran dan Sunnah
Bacalah riwayat hidup
Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Pergi ke Parlimen menaiki teksi
Bukan kereta berjenama Camry
Bukan nak jadi Perdana Menteri
Tapi memikirkan kebajikan anak negeri
Biarpun susah anak dan isteri
Bila di tahan ISA
Dr. Burhanuddin diseksa
Rakan-rakan lain juga berjasa
Nama-nama mereka tidak ditelan masa
Bacalah sejarah 60 Tahun parti kita
Ramai yang menderita
Ramai yang dah meninggalkan kita
Maklumlah
Sudah berlaku 60 Tahun
Daripada Allah kita pohon
Iman dan taqwa
Bagi pimpinan kita
Daripada ulama dan profesional
Daripada pemimpin dan ahli biasa
Sama-samalah kita
Menabur jasa
Di mana-mana saja
Allah saja dipuja
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disergah
Perbuatan zalim berani tegah
Mempertahankan agama, negara dan bangsa dengan amanah
Mempertahankan Parti Islam Se Malaysia dengan jiwa raga
Di akhirat harap-harap berada di syurga


*Dideklamasi di Program Sambutan 60 tahun PAS di Masjid Tinggi, Bagan Serai. 30Okt2011



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011

1 ulasan: