Selasa, 18 Oktober 2011

BAJET AKHIRAT



Bajet
Belanjawan
Biasa bagi hal-hal keduniaan
Baik untuk rakyat sekelian
Kroni-kroni dapat keuntungan
Berlebihan
Berbeza dengan ibadurahman
Bertimbang-timbang nasib di Hari Kemudian
Asas pertimbangannya
Pahala
Di setiap masa
Dijauhi dosa
Dosa menyalahguna kuasa
Dosa korupsi
Dosa membayar syarikat komunikasi Yahudi
Dosa mengeluarkan lesen judi
Dosa membiarkan bergaul bebas muda mudi
Zina menjadi-jadi
Ini bajet defisit namanya
Dalam kubur gelap gelita
Menderita
Firaun boleh cerita
Qarun boleh cerita
Haman boleh cerita
Bukalah mata
Peminat-peminat puisi
Punca bajet defisit
Iman sedikit
Menjauhi majlis ilmu
Inilah budaya ketuanan Melayu
Di akhirat semua tak laku
Semuanya kaku
Baru bernyanyi "oh! jangan tinggal daku"



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan