Jumaat, 30 Oktober 2015

PANTUN YANG BERJAYA

Anak kedidi belajar terbang
Terbang ke awan di pagi hari
Jangan jadi kera sumbang
Tidak berkawan duduk menyendiri

Terbang ke awan di pagi hari
Turun ke sawah makan padi
Tidak berkawan duduk menyendiri
Harapkan janda mahu berbudi

Turun ke sawah makan padi
Tiba-tiba dilastik kanak-kanak
Harapkan janda mahu berbudi
Bila berkahwin tentulah enak

Tiba-tiba dilastik kanak-kanak
Mati seekor jatuh ke tanah
Bila berkahwin tentulah enak
Untung dapat suami beramanah

Mati seekor jatuh ke tanah
Datang kucing terus dimakan
Untung dapat suami beramanah
Budaya Islam kekal diamalkan

Datang kucing terus dimakan
Kepak burung kelihatan berselerak
Budaya Islam kekal diamalkan
Walaupun suara mauzin serak

Kepak burung kelihatan berselerak
Ditiup angin semuanya hilang
Walaupun suara mauzin serak
Nama Bilal tetap terbilang

Ditiup angin semuanya hilang
Suara azan jelas merdunya
Nama Bilal tetap terbilang
Sahabat Nabi yang berjaya

Suara azan jelas merdunya
Sewaktu masuk waktu Subuh
Sahabat Nabi yang berjaya
Beriman walaupun dibelasah tubuh

Sewaktu masuk waktu Subuh
Ramai jemaah turut bersolat
Beriman walaupun dibelasah tubuh
Bilal tidak pernah ralat

Ramai jemaah turut bersolat
Menguatkan rasa kasih sayang
Bilal tidak pernah ralat
Nikmat syurga jelas terbayang

Menguatkan rasa kasih sayang
Dikuatkan dengan ilmu pengetahuan
Nikmat syurga jelas terbayang
Berkat mempertahankan ajaran Quran


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan