Khamis, 29 Oktober 2015

PANTUN SEDAP RASANYA

Jambu batu buah durian
Buah papaya sedap rasanya
Sabar itu tangga kejayaan
Amalkan ia tiada ruginya

Buah papaya sedap rasanya
Nama Melayunya buah betik
Amalkan ia tiada ruginya
Bermaruah bila aktif berpolitik

Nama Melayunya buah betik
Berwarna kuning dan merah
Bermaruah bila aktif berpolitik
Kepada Allah diri diserah

Berwarna kuning dan merah
Rasanya pula cukup manis
Kepda Allah diri diserah
Kecuali orang berfahaman komunis

Rasanya pula cukup manis
Dijauhi orang berpenyakit diabetis
Kecuali orang berfahaman komunis
Naik nafsu melihat betis

Dijauhi orang berpenyakit diabetis
Benda manis dianggap pantang
Naik nafsu melihat betis
Pakai baju terbuka butang

Benda manis dianggap pantang
Dilakukan kerana menjaga kesihatan
Pakai baju terbuka butang
Mendedahkan aurat disuruh syaitan

Dilakukan kerana menjaga kesihatan
Warga emas mematuhi arahan
Mendedahkan aurat disuruh syaitan
Ramai yang lupakan Tuhan

Warga emas mematuhi arahan
Gunakan masa untuk beribadat
Ramai yang lupakan Tuhan
Mandi Safar hanyalah adat

Gunakan masa untuk beribadat
Betul aqidah syarat utama
Mandi Safar hanyalah adat
Buat yang disuruh agama

Betul aqidah syarat utama
Sumber utama ialah Al-Quran
Buat yang disuruh agama
Ini tanda orang berpelajaran

Sumber utama ialah Al-Quran
Sunnah Nabi sumber kedua
Ini tanda orang berpelajaran
Sehingga syaitan jadi kecewa


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan