Khamis, 22 Oktober 2015

PANTUN CEKAP BERPOLITIK

Makan vitamin badan pun sihat
Berhenti merokok duit berlebihan
Pemimpin lama perlu berehat
Boleh banyak mengingat Tuhan

Berhenti merokok duit berlebihan
Sakit badan dapat dielakkan
Boleh banyak mengingat Tuhan
Kerja jemaah dapat dikerjakan

Sakit badan dapat dielakkan
Boleh ziarah keluarga terdekat
Kerja jemaah dapat dikerjakan
Menumbagkan penzalim kena berpakat

Boleh ziarah keluarga terdekat
Bawa hadiah buah-buah tempatan
Menumbangkan penzalim kena berpakat
Baca Yaasin lari syaitan

Bawa hadiah buah-bauh tempatan
Buah langsat dan mempelam
Baca Yaasin lari syaitan
Setelah selesai solat malam

Buah langsat dan mempelam
Sedap dimakan selepas bersenam
Setelah selesai solat malam
Semangat jihad terus ditanam

Sedap dimakan selepas bersenam
Mandi disungai airnya tenang
Semangat jihad terus ditanam
Pemilihan terdekat insyaallah menang

Mandi disungai airnya tenang
Membiak baung dan seluang
Pemilihan terdekat insyaallah menang
Yang penting terus berjuang

Membiak baung dan seluang
Diantara berbagai ikan disungai
Yang penting terus berjuang
Gunakan taktik yang berbagai-bagai

Diantara berbagai ikan disungai
Melihat umpan terus dimakan
Gunakan taktik yang berbagai-bagai
Kejayaan Allah yang tentukan

Melihat umpan terus dimakan
Ini ikan kurang cerdik
Kejayaan Allah yang tentukan
Dengan ilmu cekaplah berpolitik

Ini ikan kurang cerdik
Pantang nampak makanan bergerak
Dengan ilmu cekaplah berpolitik
Boleh tawan Negeri Perak


HMS ABU BAKAR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan