Isnin, 19 Oktober 2015

PANTUN MALAS MEMBACA

Bersarang rendah burung tempua
Ditiup angin terus bergoyang
Bila parti bertambah tua
Sedar kuasa akan melayang

Ditiup angin terus bergoyang
Sarang burung masih bergayut
Sedar kuasa akan melayang
Dalam penjara kekal merungut

Sarang burung masih bergayut
Makan padi hinggap disawah
Dalam penjara kekal merungut
Disabit kesalahan kerana rasuah

Makan padi hinggap disawah
Balik ke sarang waktu petang
Disabit kesalahan kerana rasuah
Membayar bunga ke atas hutang

Balik ke sarang waktu petang
Anak burung membuka mulut
Membayar bunga ke atas hutang
Pengundi kampung jarang belut

Anak burung membuka mulut
Membawa makanan ibu burung
Pengundi kampung jarang belut
Minda mereka lama terkurung

Membawa makanan ibu burung
Sehingga anak boleh terbang
Minda mereka lama terkurung
Menyebabkan penzalim susah tumbang

Sehingga anak boleh terbang
Memakan masa tidaklah lama
Menyebabkan penzalim susah tumbang
Penjawat Awam memberi kerjasama

Memakan masa tidaklah lama
Diketahui Biro Tata Negara
Penjawat Awam memberi kerjasama
Dosa hanya belakang kira

Diketahui Biro Tata Negara
Masyarakat Melayu mudah lupa
Dosa hanya belakang kira
Nasib diakhirat tentulah papa

Masyarakat Melayu mudah lupa
Ilmu agama sangat cetek
Nasib diakhirat tentulah papa
Di dunia ditipu ahli politik

Ilmu agama sangat cetek
Membaca pula cukup malas
Di dunia ditipu ahli politik
Dianggap semua tindakan ikhlas


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan