Isnin, 26 Oktober 2015

PANTUN KEKUATAN JEMAAH

Pisang emas bawa berlayar
Masak sesikat dalam bilik
Bertaqwa walaupun seorang loyar
Pandai pula ilmu tilik

Masak sesikat dalam bilik
Makan sebiji habis sebiji
Pandai pula ilmu tilik
Tapi Allah tetap dipuji

Makan sebiji habis sebiji
Perut masih belum kenyang
Tapi Allah tetap dipuji
Kepada Nabi juga sayang

Perut masih belum kenyang
Bila lapar begitu memuncak
Kepada Nabi juga sayang
Setiap keadaan kelihatan kacak

Bila lapar begitu memuncak
Setelah bekerja dicuaca panas
Setiap keadaan kelihatan kacak
Ucapannya pula sentiasa bernas

Setelah bekerja dicuaca panas
Minum sarbat terasa lega
Ucapannya pula sentiasa bernas
Berbaik-baik sesama seisi keluarga

Minum sarbat terasa lega
Setelah mandi solat zohor
Berbaik-baik sesama seisi keluarga
Akhlak Nabi sangatlah masyhor

Setelah mandi solat zohor
Di masjid tempat orang berjemaah
Akhlak Nabi sangatlah masyhor
Setiap masa berkeadaan amanah

Di masjid tempat orang berjemaah
Dari Subuh hingga Isyak
Setiap masa berkeadaan amanah
Memimpin umat cukuplah layak

Dari Subuh hingga Isyak
Solat berjemaah menjadi budaya
Memimpin umat cukuplah layak
Dikenali sejarah sebagai berjaya

Solat berjemaah menjadi budaya
Dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah
Dikenali sejarah sebagai berjaya
Berpunca dari kekuatan jemaah

Dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah
Berpandukan As-Sunnah dan Al-Quran
Berpunca dari kekuatan jemaah
Dari Nabi diambil pengajaran


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan