Isnin, 4 November 2013

ULANGTAHUN KE 15 TERAS


Setiap tibanya 1 Muharram
Setiap tahun
Sejak 14 tahun yang lalu
Diadakan majlis memperingati
Tertubuhnya Teras Pengupayaan Melayu
Ringkasnya TERAS
Jiwa mesti keras
Semangat mesti keras
Perlu kerja keras
Masa beredar begitu deras
Naik harga beras
Naik pula harga barang-barang
Disebabkan yang di atas pandai temberang
Di setiap keadaan berlaku curang
Ada usaha untuk menghalang
Dikalahkan oleh kuasa wang
Rencana-rencana terus dikarang
Dalam media massa yang tiada tulang belakang
Disalahkan pembangkang
Di tiga negeri Pakatan baik pengurusan kewangan
Dari Laporan Ketua Audit Negara
Ketirisan wang awam
Berlaku setiap tahun
Bila nak turun?
Rakyat prihatin terus memohon
”TERAS” patut pergiatkan banyak aktiviti
Bersama ”SALIMAH” menyedarkan gadis-gadis
Supaya ikut Quran dan Hadis
Tolak pimpinan Sadis
Tolak pimpinan asobiyah
Terima pimpinan bermaruah
Sejak 15 tahun ”TERAS” bekerja
Menyedarkan ummah
Sekarang dibantu oleh ”SALIMAH”
Gandingan mantap yang bermaruah
Bantu membantu disuruh Sunnah
Dekatkan diri dengan Allah
Berselawatlah kepada Rasulullah
Inilah
Yang dilakukan ahli Sunnah Wal Jemaah
Memertabatkan Al-Quran dan Sunnah
Yang lain pasti musnah
Bila berada dalam tanah
Bertudung lingkup Cik Rosnah
Berdoa bila keluar rumah
Bos TERAS  orangnya beramanah
Fikirannya untuk menyelamatkan ummah




HMS ABU BAKAR
KETUA PENERANGAN TERAS









Tiada ulasan:

Catat Ulasan