Gula
Keperluan manusia
Digunakan semua manusia
Sehingga keluar perkataan ”Digula-gula”
Cara penipuan pimpinan gila
Rakyat ramai terima bala
Bila kroni-kroni saja dibela
Jadilah mereka kaya-raya
Rapat dengan Putrajaya
Diantaranya
Tokeh-tokeh gula
Sekali sekala ingin cari pahala
Bena masjid tersergam di tepi jalan
Beri zakat berjuta-juta ringgit
Dilaporkan di media massa
Tanda tokeh berjasa
Demi masa
”Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian”
Bila fikir hanya keuntungan
Mudah dilakukan
Naikkan harga gula di pasaran
Kencing manis boleh dikurangkan
Elok jaga kesihatan
Mencari gaharu dalam hutan
Dapat seekor rusa betina
Kroni-kroni bertambah-tambah pendapatan
Rakyat miskin berkeadaan hina
Projek mega terus dibina
Isteri kroni tidor lena
Rumah besar macam istana
Perabut dibeli di luar negara
Kayaraya secara segera
Bila harga gula naik 34 sen saja
Pengkhianat bangsa terus dipuja
TV mereka yang punya
Media massa mereka yang punya
Berkuasa pula di Putrajaya
Boleh naikkan harga
Boleh untungkan kroni-kroni setia
Biarlah
rakyat terus digula-gula
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan