1 Ayam
kampung sedang mengeram
Datang
helang terus disambar
Gembira menyambut satu Muharram
Mengingati Hijrah semangatpun
berkobar
2 Datang helang terus disambar
Tamat riwayat seekor ayam
Mengingati hijrah semangatpun berkobar
Jadikan dakwah sebagai meriam
3 Tamat riwayat seekor ayam
Dimakan helang yang liar
Jadikan dakwah sebagai meriam
Kemudahan TV tempat disiar
4 Dimakan helang yang liar
Terbang tinggi setiap masa
Kemudahan TV tempat disiar
Boleh ditonton berbagai
bangsa
5 Terbang tinggi setiap masa
Sesekali hinggap di atas pokok
Boleh ditonton berbagai bangsa
Jelas bahaya menghisap rokok
6 Sesekali hinggap diatas pokok
Menjadi mangsa burung tempua
Jelas bahaya menghisap rokok
Bila sakit baru percaya
7 Menjadi mangsa burung tempua
Sarangnya boleh dijadikan
hiasan
Bila sakit baru percaya
Dalam kubur menerima balasan
8 Sarangnya boleh dijadikan hiasan
Ditiup
angin terus bergoyang
Dalam kubur menerima balasan
Semasa hidup mengabaikan
sembahyang
9 Ditiup angin terus bergoyang
Nampak cantik bila terpandang
Semasa hidup mengabaikan sembahyang
Seksa kubur sengaja diundang
10 Nampak cantik bila terpandang
Bunga ros warna merah
Seksa kubur sengaja diundang
Lupa bertaubat setibanya
hijrah
11 Bunga ros warna merah
Melihatnya hati gadis geram
Lupa bertaubat setibanya hijrah
Menipu rakyat kerja haram
12 Melihatnya hati gadis geram
Penuh bunga dalam taman
Menipu rakyat kerja haram
Elok diganti pimpinan beriman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan