Jumaat, 1 November 2013

HIJRAH DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN MASYARAKAT


Telah disepakati hijrah
Selepas Nabi s.a.w hanya
Tinggal dalam pemikiran
Daripada Sirah Nabi ambillah pelajaran
Ini yang patut difikirkan
Dengan tujuan pembentukan
Masyarakat bertaqwa
Kitab suci Al-Quran ke sana ke mari dibawa
Diterjemahkan dalam tindakan harian
Melalui perlaksanaan
Dalam tindakan pimpinan
Cakap dan buat
Iman perlu kuat
Minda perlu sentiasa ceria
Melalui mengembara
Bila mengembara
Hapuslah perasaan prasangka
Jauhlah ancaman neraka
Dengan program cintakan dunia
Ini disedari ulama berwibawa
Tugas ulama-ulama
Menghidupkan Sunnah Nabi s.a.w
Perlu dingatkan kepada akujanji
Ketika kita solat
Lima kali sehari semalam
Inilah kewajiban setiap umat Islam
Melaksanakan
Solatku
Ibadatku
Hidupku
Matiku
Semuanya hanya untuk Allah s.w.t
Inilah cara mengumpul pahala
Inilah asas utama pembentukan masyarakat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Nov2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan