Sabtu, 2 November 2013

HIJRAH DARI SUDUT MEMBENTUK PEMIKIRAN UMMAH


Bila tiba 1 Muharram
Teringat hijrah Nabi dari Mekah ke Yathrib
Lebih kurang 450km
Menaiki unta
Bersama rakan tercinta
Abu Bakar
Panas matahari macam membakar
Nampak zahirnya sukar
Nampak minda sekularisme sangat sukar
Mudah bagi iman yang mekar
Ada nikmat dalam kesukaran
Semasa berhijrah
Warna ros warna merah
Tumbuh subur dalam taman
Abu Bakar gembira berhijrah
Nabi Muhammad sebagai teman
Asas persahabatannya ialah iman
Sabar menghadapi segala ujian
Tanda mantapnya pemikiran
Tentulah Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Daripada hijrah nabi ambillah pelajaran
Bergerak kipas dengan karan
Tanda ghaib yang diyakini
Islamikkanlah setiap pemikiran
Boleh membina masyarakat madani


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1434/Nov2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan