Ahad, 24 November 2013

BERPUASA ITU BAIK


Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat”
Ini matlamat syariat
Bermula dengan niat
Lepas itu buat
Amalan salih
Budaya manusia boleh beralih
Melalui hijrah pemikiran
Berpandukan Al-Quran
Penuh pengajaran
Bernyala lampu dengan karan
Kuasa datang dari Tuhan
Maksiat berkembang jangan hairan
Inilah Globalisasi punya tujuan
Banyakkan hiburan
Berlakukan kesedudukan
Lahir bayi tanpa bapa
Seksa akhirat mereka lupa
Disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan
Disebabkan serangan dunia tanpa sempadan
Boleh disekat dengan berpuasa di bulan Ramadan
Boleh puasa Isnin dan Khamis
Mengenyangkan perut dalam kubur
Diyakini yang beriman
Puasa memberi kesihatan badan
Dari Sunnah ambillah teladan
Harum bau daun pandan
Tumbuh subur tanpa baja
Dari hijrah dapat teladan
Setiap saat Allah dipuja
Semasa hidup perlu bekerja
Betul aqidah membawa pahala
Kenalah percaya
Buka Al-Quran dapat cahaya
Itulah iman
Itulah Islam
Dengannya jihad siang dan malam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan