Anak
tiong di dahan kayu
Hendak
makan buah berangan
Bila
iman sudah layu
Mudah
buat segala larangan
Ayam mengeram di tepi hutan
Tengah mengeram disambar helang
Bila terima nasihat syaitan
Dosa terkumpul bukan kepalang
Batang
selasih permainan kanak-kanak
Berdaun
sehelai dimakan kuda
Bila
beribadat terasa enak
Tanda
iman cukuplah kuat
Pokok
sena dahan bercantum
Tempat
bersarang burung terkukur
Sampai
masa jatuh berdentum
Kejahatan
penzalim mudah diukur
Limau
purut limau lelang
Masak
sebiji dibelah lima
Nasib
Melayu terus malang
Hidup
miskin jahil agama
Ikan
menghempas di atas dayung
Sisiknya
jatuh tepi kemudi
Elok
Islam dijadikan payung
Baru
terkawal pengaruh Yahudi
Pecah
sebiji semasa menetas
Bila menghayati surah Ikhlas
Mantaplah pimpinan politik di atas
Ikan duri makan kail
Anak belukang dicelah batu
Menumbangkan penzalim bukanlah
mustahil
Setiap tindakan rakyat bersatu
Cenderawasih burung yang sakti
Singgah menghinggap diatas batu
Banyakkan bekalan untuk mati
Betul aqidah asas bersatu
Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah makan padi
Bila hati sudah tertawan
Dengan jemaah menaburkan budi
HMS
ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan