Khamis, 8 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1434H



Hari Khamis
Hari raya Eidulfitri
Sebulan Ramadhan melengkapkan diri
Supaya mudah
Berdikari
Dengan ilmu kenal diri sendiri
Memikirkan kebajikan anak dan isteri
Mengenal diri sendiri
Jadi berani
Berani berkata benar
Di depan pemimpin korup
Di depan pemimpin rasuah
Di depan penzalim
Di depan penyalahguna kuasa
Dapat kekuatan dari berpuasa
Dapat ilmu dari tazkirah Ramadhan
Banyak teladan
Dari malam pertama
Berjemaah bersama sama
Ikut serta seluruh keluarga
Bukalah telinga
Catat apa yang berguna
Dari Quran semuanya berguna
Dari Hadith semuanya berguna
Zaman Nabi, Syiah tak ada
Zaman Abu Bakar, Syiah tiada
Zaman Umar, Syiah tiada
Zaman Uthman, Syiah tiada
Zaman Ali, Syiah tiada
Ini benda yang diada-ada
Semua umat ikut Al Quran
Orang munafiq menolak kebenaran
Zahirnya banyakkan amalan
Taktik munafiq diketahui Nabi
Nabi tetap berhati hati
Tingkahlaku Abdullah Ubai diperhati
Pakaian jubah Nabi bila mati
Api tetap menanti
Oleh itu betulkanlah jalan
Al Quran penunjuk jalan
As Sunnah penegak jalan
Syiah datang kemudian
Menghadapi risiko di Hari Kemudian
Fikirlah tuan tuan
Fikirlah puan puan
Abu Bakar kuat iman
Umar Al Khattab kuat iman
Uthman Affan kuat iman
Ali Abi Talib kuat iman
Dijamin Nabi mewarisi syurga
Wajib kita hormati mereka
Dengan iman dan istiqamah
Lupakan saja Syiah
Ikut saja perintah Allah
Selamat bila berada dalam tanah
Ikutilah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Diketahui benar oleh imam-imam besar
Dua contoh yang teristimewa
Imam Syafie
Imam Ghazali
Ikan sepat ikan keli
Dua jenis ikan darat
Hujatul Islam Imam Al Ghazali
Sekarang bahagia dalam akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan