Selasa, 13 Ogos 2013

PANTUN PERIHAL MUNAFIQ




Kalau pala hilangkan dahaga
Serai serumpun dimakan api
Bekalan akhirat ialah pahala
Orang munafiq berbekalkan mimpi


Buah sentul serangkai tiga
Jatuh sebiji pecah di tanah
Orang beriman mudah ke syurga
Bila memimpin cukup amanah


Cepat cepat mencari ubat
Supaya penyakit jangan melarat
Mencintai Nabi para sahabat
Hidup bahagia di alam akhirat


Duduk duduk terkenang kenang
Air mata jatuh berlinang
Tidak bermakna diisytihar menang
Manakala hati tidak tenang


Kerat kerat kerapu kayu
Mari masak gulai lemak
Mudah sangat Melayu ditipu
Sepanjang sejarah ditipu mamak


Burung merpati dari hulu
Buah pauh dari seberang
Bila menipu tidak malu
Mudah syaitan hendak menyerang


Kelip kelip kusangka api
Kalau api mana baranya
Orang munafiq hanya bermimpi
Di akhirat pula ingin berjaya


Nyiur tumbang di tepi laman
Datang banjir buat titi
Negara hanya boleh aman
Dengan iman dan amal bakti


Limau purut limau lelang
Dibawa kelaut oleh nelayan
Kebangkitan rakyat susah dihalang
Hak demokrasi tidak dilayan


Limau nipis di dalam perigi
Lada segenggam di dalam sumpit
Nasib Melayu sentiasa rugi
Dalam kubur tanah mengepit


Batang berduri di tepi kebun
Tanam ubi di tepi sawah
Orang munafiq hatinya rabun
Hidup di dunia mahu mewah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan