Hari Rabu
Hari terakhir berpuasa
Bertahan dengan ihsan yang Maha
Esa
Kurniaan Allah yang Maha Kuasa
Mencipta manusia berbagai
bangsa
Supaya berkenal kenalan sesama
manusia
Bukan membanggakan bangsa
Ada apa pada ketuanan bangsa
Jika menipu sepanjang masa
Jika rasuah bila pegang kuasa
Ini budaya jahilliah namanya
Jadikan kroni-kroni kaya-raya
Tipu pula dalam pilihanraya
Orang beraya dia pun beraya
Orang solat Eidulfitri
Dia bawa anak dan isteri
Dalam hati projek dicari
Tanda tak kenal diri sendiri
Ikan kembong ikan tenggiri
Dua jenis ikan laut
Dengan ilmu kenallah diri
Baru gerun menanti malaikat
maut
Nyawa pasti akan tercabut
Nama nama Allah jarang disebut
Masuk kubur tentu terkejut
Duit berbillion tidak ikut
Menikmati sisa sisa kehidupan
Di hari raya mohon saja
kemaafan
Inilah cerita manusia akhir
zaman
Mahu ke syurga tanpa iman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan