Khamis, 15 Ogos 2013

DARI GURU KEPADA GURU


Guruku
Mengajarku ilmu wahyu
Membangunkan jiwa orang Melayu
Tanpa iman pasti layu
Disedari oleh guruku
Penting mendakwahkan ilmu
Belajarlah jangan jemu-jemu
Akan bertemu
Kemanisan dijiwa Qalbu
Bila pencen
Bila jadi seorang pesara
Berlebih-lebih masa lapang
Boleh berdoa panjang-panjang
Bila-bila masa nyawa boleh melayang
Ingat ikrar dalam sembahyang
”Sesungguhnya solatku; ibadatku; hidupku dan
matiku, adalah untuk Allah tuhan semesta alam’
Maksud ayat 162 surah al-An’aam
Bila ini kita faham
Baru tinggal semua larangan
Budaya orang beriman
Takut hanya kepada Tuhan
Melancong jadi kegemaran
Melihat keindahan alam
Disuruh juga Islam
Teringat jasa ibu yang banyak berkorban
Mengajar jiran-jiran
Membaca Al-Quran
Doanya berpanjangan
Ditegahnya segala larangan
Pisang emas pisang berangan
Dua jenis buah tempatan
Dari Quran dapat bimbingan
Selamat dari godaan syaitan
Maka dikumpulkan rakan-rakan
Dibetulkan bacaan Al-Quran
Dari rumah ke rumah bergiliran
Diterjemahkan isi-isi kandungan Al-Quran
Memberi kesedaran
Pentingnya pelajaran
Sumber sebenarnya ada dalam Quran
Datangnya dari Tuhan Yang Ar-Rahman
Diberitahu kepada rakan-rakan
Dari cikgu yang berkebolehan
Dalam persaraan dapat menyebarkan
Kebenaran Al-Quran
Setiap anugerah adalah amanah
Menyedari hakikat ini
Orang pencen luangkan masa
Mari sama-sama kita menimba ilmu
Semangat perlu ada, hati mesti ikhlas
Buatlah perkara baik, buatlah kebaikan
Berilah kebajikan, berilah bantuan
Kepada semua insan berbilangan keturunan
Balasan Allah kita yakin
Iman jadikan pemangkin
Korbankan masa dari berehat
Bersikap terbuka, jangan mudah lupa
Warga pesara kena ambil kira
Hidup di dunia hanya sementara
Seperti seorang pengembara
Akhirat itu kekal lama
Terima kasih diucapkan
Kepada pembimbing kebenaran
Dari anak-anak murid sekelian
Semoga kita menjadi ahli syurga
Berserta seluruh keluarga
Amin ... Amin ... Amin



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Ogos2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan