Hari Selasa
Dua puluh lapan hari berpuasa
Lapar dan dahaga telah dirasa
Nabi Muhammad banyak berjasa
Semasa di Mekah diseksa
Dari umur 40 tahun
Hingga umur 53 tahun
Pertolongan Allah sentiasa
dipohon
Sahabat-sahabat juga memohon
Strategi terus disusun
Bila Umar Al-Khattab masuk
Islam
Bergema takbir di rumah
Arqam Abi Al Arqam
Dekat Bukit Safa
Tempat Nabi bertemu para
pengikut setia
Apa diarah dibuat saja
Ali Abi Talib yang paling muda
Berani macam singa
Abu Bakar sabar orangnya
Usman bin Affan pun sama
Kuat membela agama
Islam di Mekah berkembang
dengan dakwah
Ramai pengikut yang lemah
Berkorban harta Siti Khatijah
Sanggup hidup susah
Kerana agama Allah
Sabar menghadapi masalah
Kuasa di Mesir dah berubah
Dr Morsi diguling dari memerintah
Ujian bagi Ikhwan
Berkumpul di Dataran Raba’ah
secara aman
Doakan kuat kesabaran
Di bulan Ramadhan yang mulia
ini
Semoga kuasa memerintah
Dikembalikan pada Presiden
Mesir yang sah
Dr Muhammad Morsi
Usaha boleh melalui puisi
Memasukkan bait-bait penuh isi
Lawan penzalim dengan iman dan
reformasi
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Ogos2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan