Wahai perajurit-perajurit
negara
Perintah Allah tunaikan
segera
Pahalanya berganda-ganda
di bulan puasa
Contohilah Nabi kita
Kerana Islam sanggup
menderita
Pengikut-pengikut awalnya
kurang harta
Siti Khatijah korbankan
harta
Demi suami tercinta
Saidina Ali kuat
cita-cita
Zaid bin Harisha begitu
juga
Untuk Nabi berkorban apa
saja
Harta ataupun nyawa
Terbukti di medan Badar
313 tentera Muslim
menewaskan
tentera Musyrikin tiga
kali ganda
berlaku di bulan puasa
Pada 17 Ramadhan
nampak jasmani lemah
tapi batinnya kuat
Inilah peranan iman
Dengan iman datanglah pertolongan Allah
Oleh itu bangkitlah perajurit-perajurit
Bangun solat malam
Hidupkan malam
Nescaya
gemilanglah Islam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan