Isnin, 24 Jun 2013

SURAT KEDUA PULUH SATU




Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Permulaan kata
Kepada rakan-rakan sasterawan
Berdakwahlah melalui penulisan
Di akhirat menanti balasan
Kenikmatan berterusan
Banyak dicerita dalam Quran
Jelas datangnya dari Tuhan
Pencipta sekelian alam
Diciptanya siang dan malam
Dari dulu hingga sekarang
Imam Shafie banyak mengarang
Menulis penuh keikhlasan
Tanpa hakcipta
Isinya terang macam pelita
Membuka mata
Muridnya merata-rata
Dari berbagai bangsa
Imam Shafie banyak berjasa
Mazhabnya tersebar luas di seluruh dunia
Khasnya di kepulauan Melayu
Majoritinya di Indonesia
Beradab dalam segala amalan
Imam Al-Ghazali juga penunjuk jalan
Ilmu Tassaufnya berkembang luas
Tanpa iman Melayu jadi buas
Ikan keli ikan limbat
Mudah membiak dalam sawah
Dengan maksiat janganlah terlibat
Sebaliknya hendaklah ikut Sunnah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan