Hari
Khamis
27
Rejab 1434 Hijiriah
Rakyat
Marhaen hidupnya susah
Bertambah pula kos jenayah
Berleluasa pula rasuah
Kroni-kroni hidup mewah
Orang di atas lupa yang bawah
Hidup ikut nafsu amarah
Kepada kapitalis nasib rakyat diserah
Jadilah rakyat berpecahbelah
Kos kehidupan tinggi rakyat bermasalah
Ambil wudhuk dari kolah
Dalam kolah ada ikan
Bila rakyat hidup bermasalah
Berlakulah kerja yang bukan-bukan
Kecurian di sana sini
Kematian di dalam lokap Polis
Senyum Iblis
Didakwa hanya golongan ikan bilis
Biasa
di negera sekular
Manusia
bertindak macam ular
Suasana ini perlu diatasi
Kena ikut cara Nabi
Di malam Israk dan Mikraj
Nabi diperlihatkan banyak benda
Ubatnya pun ada
Solat lima waktu sehari semalam
Di dalami pula ilmu kalam
Sedar Allahlah, Tuhan semesta alam
Dengan iman tumbangkan pimpinan putar alam
Mudahlah disebarkan budaya salam
Dengannya penzalim akan tenggelam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Rejab1434/Jun2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan