Rabu, 19 Jun 2013

SURAT KEENAM BELAS




Kepada saudara seagama
Hidup kita agak dah lama
Dengan maaaruf marilah kita bekerjasama
Betulkan niat terlebih dulu
Buat maksiat hendaklah malu
Menipu hendaklah malu
Tertipu ramai orang Melayu
Melalui cerita-cerita dalam media massa
Alah bisa kerana biasa
Tiba Ramadhan tetap berpuasa
Tetap maqam pertama
Dapat lapar dan dahaga
Jauh dari syurga
Perlu ingat saudaraku
”Jalan ke syurga dikelilingi oleh
kesusahan dan kepayahan”
Kena ikut hukum Tuhan
Kena percaya Al-Quran
Kena ikut Sunnah Nabi s.a.w
Kena beramal dengan ajaran Islam
Ramai pengikut merata-rata alam
Asasnya ilmu kalam
Terangkan dalamnya
Aqidah; Syariah dan Amal
Oleh itu marilah kita beramal
Buat suruhan tinggalkan larangan
Setiap kezaliman berilah tentangan
Setiap penipuan tetap didedahkan
Dalam laut berenang ikan
Ikan pelata ikan yu
Ajaran Islam mari amalkan
Penyelamat sebenar orang Melayu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan