Selasa, 25 Jun 2013

SURAT KEDUA PULUH DUA




Menemui rakan-rakan ahli Politik
Mulailah dengan niat
Membela rakyat
Lengkapkanlah diri dengan ilmu
Ingatlah
Awal-awal agama mengenal Allah
Bila ilmu agama ada pada diri
Ajarkan juga kepada anak dan isteri
Bila seluruh keluarga beramal soleh
Gerakkan juga jiran tetangga
Ajak mereka ikut agama
Majukan masyarakat bersama-sama
Buatlah yang maaruf saja
Jauhilah yang mungkar
Menipu rakyat kerja mungkar
Minda mereka perlu ditukar
Tanpa Islam di akhirat akan terbakar
Inilah peranan ilmu Tauhid
Baru lahir mujahid-mujahid
Membela agama Allah
Lepaslah Melayu dari masalah
Tidak lagi berpecah belah
Bila yang memimpin takutkan Allah
Nescaya gerombolan syaitan akan kalah

Berenang ikan dalam kolah
          Kolah dibuat dari simen
Bila berpolitik kerana Allah
          Nanti di akhirat syurga terjamin


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot,com
Syaaban1434/Jun2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan