Khamis, 13 Jun 2013

SURAT KESEBELAS



Menemui Pengerusi Surau
Semoga sihat wal’afiat
Semoga dapat kerjasama dari AJK sekelian
Mentadbir surau perlu keikhlasan
Hati perlu bersama-sama para jemaah
Elok pengerusi juga jadi Imam di waktu solat
Elok juga hadir di setiap kali ada majlis ilmu
Ini boleh menaikkan semangat ahli-ahli
Untuk mengimarakkan surau
Jadikan surau tempat mengeratkan silaturahim
Di antara masyarakat setempat
Amalkan ilmu yang dipelajari
Ini tanda kenal diri sendiri
Keredhaan Allah terus dicari
Bawa juga anak dan isteri
Solat berjemaah di surau
Ingatlah amaran Allah
”Peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api Neraka”
Modalnya tentulah
Iman dan istiqamah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan