Isnin, 17 Jun 2013

BULAN SYAABAN 1434H




Bulan Syaaban
Bulan kelapan Takwim Islam
Dikira dari hijrah Nabi Muhammad s.a.w
Terbentuk negara Islam
Di Madinah
Ketua Negara yang beramanah
Dibantu sahabat-sahabat yang bermaruah
Berjiwa mutma’innah
Beriman dan beristiqamah
Setiap waktu solat berjemaah
Hati-hati mereka dekat dengan Allah
Di Badar tentera Abu Jahal kalah
Dengan bantuan Malaikat-malaikat
Datang dari perintah Allah
Bilangan tentera Islam hanya 313 orang
Bilangan tentera Quraish 1,000 orang
Tentera kafir mula menyerang
Pertarungan satu lawan satu
Panglima-panglima Quraish
Nabi tetap berdoa kepada Allah
Mohon pertolongan dari Allah
Ini adalah Sunnah
Rancangan sesuatu pekerjaan
Elokkanlah strategi
Lepas itu berdoalah kepada Allah
Doa bertemu dengan Ramadhan
Seketika tiba bulan Syaaban
Puasa sunat dilebihkan
Infakkan wang ke jalan Allah
Banyakkan zikirullah
Banyakkan selawat ke atas Rasulullah
Hadir di majlis tazkirah
Bawa isteri dengar kuliah
Bila ilmu bertambah
Amalanpun hendaklah bertambah
Nescaya penzalim boleh rebah
Nescaya pengkhianat rebah
Melihat ini rakyatpun berubah
Ubahkan minda
Ubahkan cita-cita
Rakyat akan sukacita                           
Bila Ramadhan tiba                    
Jalan untuk taqwa




HMSA ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan