Ahad, 30 Jun 2013
SURAT KEDUA PULUH TUJUH
Menemui
pengadil-pengadil sukan
Ikutlah
undang-undang yang telah ditetapkan
Persiapkan diri dengan ilmu sukan yang diadili
Ingat tanggungjawab peribadi
Tanggungjawab dengan Allah
Tanggungjawab dengan manusia
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Ain
Tanggungjawab berbentuk Fardhu Kifayah
Dua tanggungjawab ini hendaklah dibereskan setiap hari
Bila lengkap diri sendiri
Mudahlah orang lain diadili
Setiap kita ada pemimpin
Dari padi
buat empin
Boleh
makan di Hari Raya
Nabi
Muhammad sebenar pemimpin
Menjadi
ketua yang berjaya
Setiap Ramadhan tekun berpuasa
Beramanah bila pegang kuasa
Kebajikannya rakyat dapat rasa
Inilah pengadil yang berjaya
Yang kalah pun berasa sukacita
Tidak berlaku padam pelita
Kebenaran Islam itu ternyata
Penentangnya di akhirat
menderitaHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
Labels:
SURAT 1434H
Sabtu, 29 Jun 2013
PANTUN SYAABAN 1434H
1 Pelajar
tahfiz memakai serban
Setiap
waktu solat berjemaah
Banyakkan
selawat di bulan Syaaban
Nescaya
memperolehi jiwa mutma’innah
2 Bergerak
perlahan seekor lipan
Nampak
kucing menghilangkan diri
Beramallah
untuk masa depan
Inilah
budaya ulama bistari
3 Imam Shafie
rajin menulis
Mengarang
kitab dalam rumah
Tipu
menipu tabiat Iblis
Mahu
manusia berkeadaan lemah
4 Harum bau
daun pandan
Tumbuh
menghijau ditepi taman
Dari
Shafie ambillah teladan
Menjadikan
Quran sebagai teman
5 Bunga
tanjung puteh berseri
Gugur
kebumi sepanjang malam
Dengan
ilmu kenallah diri
Dalam
jemaah memperjuangkan Islam
6 Hujan turun
sepanjang malam
Berlaku
banjir dikawasan pendalaman
Menjadi
kewajipan membela Islam
Inilah
budaya orang beriman
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
SURAT KEDUA PULUH ENAM
Surat ini khas untuk
Muslimin dan Muslimat
Tanpa mengira bangsa dan
tempat
Ingat
Apa ditanam itulah yang
dapat
Ikan puyu ikan sepat
Di antara jenis ikan darat
Syurga boleh kita dapat
Dengan beramal untuk akhirat
Dengan beramal untuk
akhirat
Buatlah yang disuruh
syariat
Bermula dengan betul niat
Ke atas Nabi banyakkanlah selawat
Solat lima waktu
janganlah lewat
Berjemaah walaupun dapat
hanya satu rakaat
Tinggal dulu sebarang
mesyuarat
Jauhi hati dari mengurat
Bila melancong ke negara Barat
Tetapkan beramal ibadat
Bertudung lengkap para
Muslimat
Musim Summer cabaran
meningkat
Bagi Muslim yang masih
sihat
Di sana sini aurat boleh
lihat
Pahala puasa pula tak
dapat
Berbuka puasa pula lambat
Hampir sembilan malam
Dibuat juga oleh umat
Islam
Bila iman kuat di dalam
Bila berjumpa memberi
salam
Eratkan silatulrahim
dengan bersalaman
Berqiamulail menguatkan iman
Bila ini dalam tangan
Tanda Ramadhan tahun ini mencapai kejayaanHMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
Labels:
SURAT 1434H
Jumaat, 28 Jun 2013
SURAT KEDUA PULUH LIMA
Menemui menantu-menantuku
Dapatku menimang cucu
Berkembangbiaklah
zuriatku
Tingkahlakumu di dalam
perhatianku
Banyak Ramadhan telah
berlalu
Cucuku yang sulong
berumur 16 Tahun
Setiap solat aku tetap
memohon
Supaya semua dosamu Allah
ampunkan
Supaya Allah terima
taubat kita
Tentulah dengan ilmu kita
Dari ilmu tahulah kita
cara-cara bertaubat
Pertama ada perasaan
menyesal
Kedua ada perasaan
membencikan maksiat
Ketiga berjanji tidak
akan mengulanginya
Lakukanlah di bulan
Ramadhan ini
Berubah kena berani
Ubahlah pemikiran
Ubahlah perkataan
Bercakaplah benar
Berani berkata benar
Ubahlah tindakan kita
Berdasarkan niat berpuasa
sebulan Ramadhan
Dimulai dengan solat
maghrib berjemaah
Diikuti dengan sahur
Berjemaah pula solat
subuh
Nescaya pendirian jadi
teguh
Pendirian sebagai seorang
Muslim
Pendirian sebagai seorang
Muslimat
InsyaAllah dunia selamat
InsyaAllah akhirat
selamat
Jadilah semuanya selamat
Kesan bertindak cukup
cermat
Dengan mengikuti Sunnah
Nabi Muhammad s.a.w
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Jun2013
Labels:
SURAT 1434H
Langgan:
Catatan (Atom)