Selasa, 13 November 2012

TETAP DENGAN KELENTONGANNYA




“Bukan salah saya”
Fikiran saya hanya
Kebajikan anak-anak saya
Supaya mereka terus kaya
Biar sampai kayaraya
Selagi ada ’si dia”
Tersekatlah cita-cita saya
Oleh itu
Saya gunakan kuasa saya
Kabinet hanya ikut saja
Saya sebenarnya ”raja”
Sebagai P.M saya boleh buat apa saja
Saya ada fail-fail mereka
Saya boleh dedahkan kepada BPR
Badan Pencegah rasuah
Boleh dikatakan semua mereka pun rasuah
Setelah solat istiharah
”si dia ’ wajib dipecat
Dari Kerajaan Pusat
Rupa-rupanya si dia orangnya kuat
Bangkit rakyat
Lahirlah gerakan rakyat
Dikatakan mereka reformasi
Di rumahnya
Diadakan solat hajat
Diadakan bacaan yaasin
Rupanya lidah ulama masin
Keluar dari penjara
’si dia’ bertambah kuat
Senyumannya memikat rakyat
Umur saya terus meningkat
Gelombang hijau susah disekat
Gelombang kuning susah disekat
Gelombang oren susah disekat
Rupa-rupanya kuasa rakyat kuasa keramat
Nyawa saya hampir nak tamat
Anak saya boleh merempat
Jika Kerajaan Pusat
Dikuasai oleh Pakatan Rakyat
PRU-13 sudah dekat
Beri Mykadpun tak bermanfaat
Mereka boleh mengelat
Dapat kad pengenalan biru
Undi mereka belum tahu
Maklumlah Allah maha tahu
Allah berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu
Dalam P.R mereka bersatu
Mahu kerajaan baru
Ini aku tahu
Ikut Al-Quran selaluku seru
Bukankah Al-Quran suruh
’taat kepada Allah dan Rasul”
Ini tanda aku tersasul
Umurku dah hampir 90 tahun
Aku tetap memohon
Supaya ”si dia” jangan jadi P.M
Aku takutkan penjara di dunia
Aku tetap yakin seyakinnya
Aku tidak seorang saja
”memecat si dia”
Bolehkah anda percaya
Inilah yang ada
Dalam minda saya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1433/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan