Jumaat, 16 November 2012

LEBIH BAIK SEMENTARA BAGI KITA




"Kerjasama PR hanya sementara"
Kata mereka yang berkuasa
Dunia pun hanya sementara
Kebajikan kroni-kroni diambil kira
Hak rakyat belakang kira
Dosa pahala belakang kira
Inilah budaya kera
Dari Darwin dapat petua
Biar jahil sampai ke tua
Merapu-rapu setiap masa
Demi masa
Ancaman daripada Maha Kuasa
Rugi penyalahguna kuasa
Berdosa
Menipu anak bangsa
PR lain pula
Mahu ambil alih Putrajaya
Mahu laksanakan Buku Jingga
Mahu rakyat hidup bahagia
BN lain pula
Barang Naik sentiasa
Kroni-kroni jadi kayaraya
Berhutang berbilion-bilion didiamkan saja
Inilah
Sebabnya
PR perlu kuasa Putrajaya
Walaupun kerjasamanya
Hanya sementara


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharam1434/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan