Khamis, 15 November 2012

BERKAT HIJRAH




Satu Muharam
Awal tahun Hijiriah
Hadapi musuh dengan Sunnah
Dengan iman dan istiqamah
Dengan jiwa mutma’innah
Sentiasa beramanah
Bila memegang kuasa beramanah
Memikirkan kebajikan orang-orang di bawah
Yang kehidupan sentiasa susah
Harga barang-barang bukan murah
Hanya kepada Allah berserah
Supaya keadaan berubah
Bila rakyat memahami maksud hijrah
Semuanya berubah
Minda berubah
Jatidiri berubah
Menghidupkan sunnah
Awal-awal agama mengenal Allah
Dengannya syaitan akan kalah
Bersyukur kepada Allah
Di atasi segala masalah
Dengan mencontohi diplomasi Rasulullah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1434/Nov2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan